Pemenang GA by Ardiniumaira - Bawal AJ Macaroon menjadi milik korang



Assalamualaikum



hai koranggg ^__^ hari ni dni nak inform pemenang yang berjaya meneka dengan tepat harga tudung yang dni pakai kat entry ni ----> TEKAN SINI. kebetulan, dua orang yang teka dengan tepat. sepatutnya selai tu dni punya tapi dan dua-dua nak macaroon maka dni korbankan jelah yang dni punya tu. heehe... Insyaa Allah jika kita bahagiakan orang lain, Allah berikan ganjaran yang setimpal dengan kebahagiaan orang tu pada kita. 





  
aidijuma by Datin Norjuma


ok, alkisah tudung tu asalnya dni berkenan sangat lepas tengok Datin Norjuma, founder tudung bawal terlarisss masa kini aidiJuma pakai.pastu bila dni google, tak ada yang jual pun. macam susah sangatlah nak dapat. tak tau nak beli kat mana. kat website pun tak ada yang ni. dni kenan sebijik kaler ni. walaupun ada warna lain untuk design ni jadi tak rasa nak beli langsung. angau kat kaler tudung purple biru dengan black stripes tu. last-last terjumpalah satu FB Page jual. harga dia murah sikit drp kat website aJ. teruslaaa rambang mata. nak beli terus. setel payment segala, baru paam. oh ni bukan original aJ. inspired je.



masa tu still lagi tak paham and belum kena virus aJ fever. cuma dah nak start engine dah mengusha usaha gak cari design mana lagi by aJ. terus hendap punya hendap terjumpalah satu group FB untuk fan aJ. wahhhh maka sah dah la tudung dni beli tu tak ori. borong sekodi, RM10 selai tak termasuk pos. ori punya RM59! kemain kau beza harganya kan?terus masa tu yang tak berapa nak gilos dengan aj beli yang tak ori je. -___-" kualiti kain dia memang langit dengan bum la. lebar saiz tudung pun tak sama. so, korang-korang better beli yang ori tau. memandangkan sekarang harga aj semua mampu milik InsyaaAllah takya duk buat koje beli yang tak ori.


ituelah al-kisah tudung tu. maka dengan ini dni umumkan dua orang pemenang yang meneka dengan tepat harga tudung tu ialah:






yeayyy! pandainyeee korang ^__^
jadi, tudung kat bawah ni akan jadi milik korang. nanti dni contact korang tru emel ya... tahniah!



WL Macaroon

terima kasih dni ucapkan kepada semua yang sudi memeriahkan GA yang dni anjurkan ni. sempena besday yang ke-28 pada hari ini, dni berjaya gak update blog yang agak lama terabai dengan cerita merapu meraban ;p hepi okay! buat benda kita suka opkos la hepi... eeeheeehe. insyaaAllah dni akan buat GA lagi untuk korang. kasi tudung aJ gak. stay tiunggg ye!

7 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

tahniah utk pemenang n hapy besday to dini =)

Invisible Me said...

Happy birthday kak! Terlepas tudung tu. Kiranya kawan IM beli harga mahal drpd sepatutnya :p

Lida Rahim said...

HB Dini.. semoga sentiasa di bawah perlindungan dan redha Allah swt

azman Arsad said...

terima kasih memilih saya sebagai pemenang

yang baik Ishak said...

tahniah buat korang yang berjaya...
saya terlepas pandang ler...

Arol Mubin said...

Yeay! Tak sangka betul pulak tekaan Arol. :D

Muizz Elhaitamy said...

hi... terimakasih infonya... cara berkerudung yang baik... kunbalya... daftar wifi if