Kisah Bersalin Part 4 : Jururawat di Hospital Kerajaan

Ramai yang takut nak bersalin di hospital kerajaan sebab fikirkan mengenai layanan jururawat di sana. bagi yang berkemampuan terus memilih hospital swasta sebagai tempat untuk mereka bersalin. layanan jururawat dan doktor yang bagus, bilik yang cantik dan lebih privacy, makanan lebih sedap dan beberapa faktor lain lagi yang diambil kira. satu ajelah... kena sediakan ongkosnya melebihi jumlah kos sebenar. kalau bersalin normal tak apalah... kalau terpaksa czer, forcep, atau ada komplikasi lain, cas lain pulak yang u ols kena... kalau tak ada bajet lebih tak ke haru di akhirnya nanti. hehe...kalau nak selamat ongkos, lebih baik ke hospital kerajaan saja.



pengalaman dni di hospital kerajaan selama 5hari sebelum hari raya puasa kena tahan di wad, Alhamdulillah jururawat baik-baik belaka. layanan yang bagus dan mereka siap boleh bergurau-senda dengan bakal-bakal ibu. ada yang baik hati nak tolong itu dan ini. ada yang teruja bila dapat tahu kita orang semenanjung sebab mereka pun dari semenanjung... sama-sama takleh balik berayalah katakan... ada yang manis cantik sentiasa melebarkan senyuman bila bertentang mata... sejuk hati bakal ibu yang gundah gulana resah gelisah di dalam wad bila tengok nurse camtu.



tapi... memang betul. ada juga jururawat kat dalam wad dni hari tu yang membakar jiwa raga. mood asyik spoil je kalau dia datang. dan dni sampai MENANGIS tahan geram dan marahkan dia! tiap kali dia datang mesti dia tengking2 dni dan marah2 sambil membebel suruh dni serahkan pad pada dia. kalau dni jawab tadi doktor dah datang dan tanya saja tak cakap suruh bagi pad pada nurse dia terus marah. dia cakap wajib bagi pada dia. kebetulan masa tu dni tak ada pad. dia paksa dni pakai. dni rasa macam bodoh je buat dni macam budak tadika. dah dni tak ada pad macam mana nak pakai. penat dni jawab tak ada tak ada tak ada. dia suruh pakai masa tu juga. suruh husband beli blabablabla dia membebel tak berenti langsung. dni jawab henfon tak ada bateri. nak cas tak boleh sebab nurse tak bagi cas henpon dalam wad.dah tu cemana nak mesej husband. dia paksa juga dni pakai. hinggakan jiran sebelah katil yang tengok dengan rasa tumpang geram dan nak marah dan kasihan pada dni terus meleraikan bebelan nurse tu dan cakap nanti saya tolong bagi dia call husband dia guna henpon saya dan pinjamkan dia pad saya. korang tahu apa nurse tu jawab? GANTI balik tau pad dia. jangan nak manja sangat kat sini. saya ni puasa. awak tu tak puasa. awak kena hormat saya sebab saya berpuasa. 




WHAT THE??? motif dia cakap dia puasa sebab tak nak bagi dni fighting dengan dia. konon kena hormat orang yang berpuasa. kau puasa pastu kau maki hamun pesakit dan buat dia sakit hati apa yang kau dapat? memang sakit hati gila. gara-gara tu dni menangis sakan sampai tersedu-sedu dalam bilik mandi lepas dia selesai membebel. sakit hati ni Ya Rabbi, Allah je yang tahu. tak pernah jumpa lagi manusia macam tu. lepas tu setiap kali dia datang mesti dni bengang. kengkawan pun bengang. ceh, tetiba dah jadi geng dengan orang dalam wad tu. haha! mana tak bengang, tak ada budi bahasa, tak hormat pesakit dan juga garang.



kata orang dalam wad tu, kalau buku merah kita tulis SURIRUMAHTANGGA, setengah nurse akan layan kita gitu-gitu je. kalau penjawat awam atau yang bekerjaya, terus dia layan elok-elok. yes! dni akui nurse yang marah dni tu jenis insan yang berdiskriminasi macam tu. sebab buku merah dni tertulis dni suri rumah. masa buat buku merah tu bulan satu, dni start kerja bulan 3. tu pasal takde tulis GURU kat situ. duk di wad kelas 3 dengan berstatuskan suri rumah terus dipandang rendah oleh dia. sangatla tak adil di situ. bila husband kita datang pakai baju kerja pastu dia tanya husband kerja ape lalu husband jawab cikgu boleh pula dia cakap dengan husband dni elok-elok. siap husband macam confuse betul ke tu nurse yang dni ceritakan.



korang tahu tak.. lepas raya dni warded skali lagi dan dni duk di wad kelas pertama sebab guna GL. ternganga dia tengok dni yang duk dalam wad tu. siap panggil dni cikgu. pastu cakap elok-elok tak de tengking-tengking macam hari tu dah. cuma adala sedikit bermuka-muka sebab hari tu kan dah 'aniaya' dni kaw-kaw. dah tu konfemlah dingin sikit layanannya.



nurse lain, Alhamdulillah. semuanya baik. siap sambil check kita boleh share pengalaman mengandung dan bersalin diorang, cerita pasal baby dan anak diorang. baik-baik belaka... memang tak menyesal duk hospital kerajaan. cuma yang sorang tu je lah. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. nama dia pun dni boleh ingat sampai skang. sebab terlalu bengang dengan dia. haha... pengalaman ngeri dok spital la tu kena marah dengan nurse tu tiap kali dia datang. menangis beb. nak lawan, malas... padahal ikut hati nak je fire balik. kalo dni fire balik silap ribulan dia yang menangis nanti. wakakakaka....




bersambung...



Related Posts:



-

27 comments:

Suliana said...

hmm betul tu dini. akak pun ada xpuas hati dgn nurse sorg ni. kerana nila setitik, rosak susu belanga. tapi tak pelah, tak pyh simpan dlm hati.. tahniah dpt baby yang comel..

Masya said...

alhamdulillah saya dulu dapat layan biasa jer.. p ada jugak nampak nurse yg marah dan tengking² org lain x taulah psl ape.. sy dah sakit sgt jadi x amik pedulik sgt...

syawalsimpsons said...

rasa nak tampa je nurse tu..kalo sue tu dah sound balik tu..seb baik dni ni penyabar orgnyer...mau kena sembur ngan sue tu..alahai nurse..nape la kamoo gitoo...cian dni ye

Kniedaz said...

huhu...biasala tu ...misi pun lain-lain...tapi memang tak patut kalau marah-marah pesakit macam tu..bukan kita selalu duduk hospital, mana nak tau apa yang perlu buat...jadikan pengalaman Dni...harap lepas ni tak dapat misi macam tu lagi ^_^

Peri PiA said...

dini diam je,sakit ati akak bace

kalau akak kena xtau la mcm mane

Anny..ani..anie boleh aje.. said...

betoi tu xsemua nurse tp kerana nila setitik..kak mah pun dh kena cedih sgt dh la kita tgh sakit kan..hmm tu yg haikal g swasta..pendek kata sesama nurse pun pakat dok kata..ni nurse sdri ckp..lumrah la kan..tapi xpe tu semua pengalaman hihi..yg penting semua slamat...

Sue-Rya Qistina said...

klau bersalin hosp kerajaan ni, tgk nasib jugak kan. ade nurse yg ok, ade yg x brp nak ok. kdg sakit ati terpaksa simpan je la. huhuhu. mase akak bersalin kat hosp sg buloh pun camtu jugak.

eima said...

sial report kat kementerian kesihatan la dear... jgn dibiar manusia gini rasa tak mo kerja benti ckp die ... heeeeeee

Affieza said...

ada juga dgr kes yg nurse2 lyn patient ikut position kita...mmg teruklah klu yg dtg tu surirumah je...

[sutera kasih] said...

amboiiiiiiiiiiiii geram plak dgr..jht jgk nurse tu kt dini..kalo sy, buat report, padan muka dia huhu...btw, baru tau rupanya ada beza wad ehh ikut status..

Zie said...

geramnya rasa kat nurse tu emmm

LydSunshine said...

Ngape la ada jugak org perangai cenggitu. Patutnya, tak kira la kelas 3 ke kelas 1, layan la sesama manusia dgn baik. Tak rugi apa pun.

mrs kayrul said...

kejamnya nurse tue..klu kayrul maunya melalak tak ingat...terus lari balik umah....

Ardini Humaira said...

@Suliana

tu la... terus ramai jadi takut nak g gomen hosp kan

Ardini Humaira said...

@Masya

masa dalam wad hari tu dni sorang je kena marah dengan dia. dengan orang lain dia just buat kerja macam kasar2 je. huhuhh maybe dia tengok dni macam tak melawan kut

Ardini Humaira said...

@syawalsimpsons

memang nak tampa pon. haha tapi sabo je lah

Ardini Humaira said...

@Kniedaz

a ah dia sorang je pangai gtu lain2 sangat baik peramah dan memahami bakal2 ibu

Ardini Humaira said...

@Peri PiA

haha diam2 membara
sampai ke ari ni terasa lg sakitnya hati

Ardini Humaira said...

@Anny..ani..anie boleh aje..

tu ah sero nok wi nyepak jah dih. hehe

Ardini Humaira said...

@Sue-Rya Qistina

sebab dia sorang nanti habis semua nurse dapat nama kan

Ardini Humaira said...

@eima

haha.. dia ingat suri rumah tu insan terkeji ke ape nak maki2 kan

Ardini Humaira said...

@Affieza

yes, suri rumah memang akan dapat layanan macam tu bagi nurse2 yang tak reti etika kerja... huu

Ardini Humaira said...

@[sutera kasih]

memang nak je ngadu masa tu. pastu lepas ngadu ke asben asben kata biau je la.. huu

Ardini Humaira said...

@Zie

haha tu lom masuk bab dia berkasar check2 lagi

Ardini Humaira said...

@LydSunshine

adat manusia yang tak reti berhabluminannas memandang darjat saja kerjanya :)

Ardini Humaira said...

@mrs kayrul

hehe memang melalak pon tapi dalam bilik mandi sorang dni.. punya lama gila mandi. kua mata bengkak. abis teman dalam wad semua dapat detact

isabelle said...

whew..mmg kasi berasaplah nurse2 mcm ni.
terus tarnished nama baik nurse2 yg elok