Resipi burger Malaysia @ Pau Sambal Ikan Bilis

-
-
-
dni suka betul makan burger Malaysia ni.. dari dulu sampai skang tak penah tak suka makanan ni. sukaaaaa je memanjang. tak jemu-jemu... pendek kata kalau hari-hari makan pon sudi.. tak kisah pun. layan je. hehehe... cuma 1 je la.. makanan ni banyak kandungan minyak. so, elakkan la makan setiap hari.. kadang-kala tu boleh la... skang dni nak wat sendiri burger Malaysia... dni ikut resipi yang disediakan di My Resipi. jom tengok resipinya ;)









Bahan-bahan ( 8 biji )

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng
  • - sambal ikan bilis
  • - timun

Cara-cara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis



senang je kan... hehe.. selamat mencuba!







Penaja Blog:


ads

7 comments:

Sharinginfoz said...

pagi2 tengok makanan lapar le pula

Melati said...

Dni, beger Malaysia ni mknan kegemaran I, sedappp sangat tak kira sapa buat pun mesti rasa sedap, sebab I suka makan ni =))) tapi malas nak buat sendiri heheee

Mama Kembar 3 said...

my fevret tu... kalau beli kuih mesti beli yg ni gak.. tp tak pandai buat... errr malas nak buat sendiri hehe

amirah said...

betul la dini..dia mcm makan minyak sket..jd kalo batuk ke kena elakkan kalau tidak batuk x hilang

puanbee said...

sedap nk try lah buat heee

Zura said...

suke kuih nie kalau sambalnye pedas2 belaka...

Ct Arina said...

sgt suke pau sambal! nak try buat! tq dniiiiii