Mimpi seram... blogger kena rasuk...

-
-
-
Assalamu'alaikum...
selamat pagi semua... dah breakfast belum? ;) dni belum... bangun je terkam laptop. hehe... sebab ada cerita yang dni nak kongsikan....





dni rasa macam dni selalu mendapat mimpi yang lebih kurang sama je... kerap dapat mimpi ni... tapi hari ni adalah hari yang paling memenatkan... dni tidur lewat semalam... dalam jam 4-5pagi cemtu... lepas bangun subuh... rasa letih sangat... letik coz dalam mimpi tu asyik berlari je.. pastu kena perah otak ni nak lari mana.. nyorok mana... huhu... sempat tahan diri tak nak tdo sampai jam 7.30 tapi tak larat sangat-sangat... so tertido juga... jam 9 baru terjaga daripada tido... sepanjang tdo tu dni bermimpi... mimpi hantu :'(




yang menghairankan dni kali ni dni mimpikan blogger. blogger yang dirasuk hantu... bila dia kena rasuk bermakna dia nak serang dni... nak bunuh dni... sebelum ni pun ada dni mimpi benda macam ni tapi bukan blogger yang dirasuk... bila dia dirasuk, muka jadi buruk.. lepas tu asyik kejar dni... nak bunuh dni... memang dni kerap mimpi macam ni... cuma kali ni ada seorang blogger yang dirasuk dalam mimpi dni... huhu... terkejut lak dni... biasanya dni termimpikan adik dni yang selalu sakit misteri tu... bila dni mimpi seram, biasanya ada petanda yang berlaku kat adik dni... orrr kalau ada benda aneh berlaku... biasanya ianya ada petanda benda tak kena terjadi pada adik dni... dni rasa dni ada connection yang kuat dengan adik dni. tak tahu kenapa... jadi sebab ni la dni ada rasa risau terhadap blogger tu...




dni pernah baca cerita mengenai dia yang kerap rasa tak selesa badan... dni rasa nak contact dia... nak bagitahu dia tentang hal ni.. mungkin bagi korang mimpi sekadar mimpi... tapi dni rasa tak sedap hati bila tak inform dia mengenai hal ni... rasa macam... dia mesti cuba rawatan tradisional. maksud dni macam ke Darul Syifa' atau sebagainya... bukan jumpa pawang bomoh pelik-pelik tu...




siapa blogger tu, dni tak boleh ceritakan sebab dni tak tahu dia suka atau tak cakap tentang ni. kalau takat cerita mimpi keluar makan dengan blogger ke apa.. bolehla kita cerita direct, kan... risau kalau hal ni buat dia rasa malu atau mungkin juga rasa nak marah kan.. so kita kena tahu jaga hati orang juga... dont worry dni tak akan cakap siapa blogger tu.. kalau dapat email daripada dni tentang cerita ni.. dialah orangnya. setakat ni, dia tak pernah tinggal jejak kat blog dni... dan dni tak tahu dia tahu ke tak kewujudan blog dni... sebab dia bukan antara blogger yang sibuk berbw ke apa... tak de... klu ini mungkin boleh buat korang lega ;)





dni bukan apa... dni risau...
Allah sentiasa bersama kita....






8 comments:

PutRee SeJiNjaNg said...

wah best dni boleh ingat mimpi dni..kalau aku yunk gerenti tak ingat..hehhehe...

Hafriz el-Muhammady said...

huish... cm seram jer..

Zura said...

erm..akak plak dh 2 ari mimpi sorang lelaki xdikenali...

alinac lover said...

aiyak...

sapa tu dni oi..hope pasni xde mimpi bruk da yer T_T

tiefazatie said...

isk..cam menakutkan je nie..
erm..btol jg..dni try la kontek die tau..
mana tahu blh tlg die..

Peri PiA said...

ya Allah,semoga kita dilindungi

SyUhAdA said...

ooh..
tkotnye..
baik dni inform blogger tu..
sbg peringatan..~

Ct Arina said...

sampai macam tu skali? takut gak tu. nk tdo pn x senang ati.