Kelebihan Bulan Muharram | Hari Asyura'






Kelebihan yang diletakkan pada bulan Muharram pasti mempunyai hubungkait dengan kejadian yang berlaku pada bulan tersebut dan begitu juga peristiwa yang berlaku pada Hari Asyura'. Berbagai peristiwa yang telah dirakamkan oleh ahli sejarah Islam berkenaan perkara yang berlaku terutamanya pada Hari Asyura'. Bahkan turut terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Antara peristiwa yang pernah berlaku pada Hari Asyura' ialah:






1- Bahtera Nabi Nuh A.S berlabuh di bukit Juudi setelah bumi ditimpa banjir besar dan ribut taufan yang melanda akibat pembalasan Allah SWT terhadap kaum yang ingkar.






2- Nabi Musa A.S dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT dari Firaun dan tenteranya dengan menenggelamkan di dalam belahan laut sebagaimana termaktub di dalam Al Quran. Kerana itulah orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu sebagai hari kebesaran, sebagaimana hadis yang diriwayat oleh Al Bukhari & Muslim.


3- Sayyidina Hussin bin Ali bin Abi Thalib dibunuh di Karbala', Iraq pada hari Ahad bersamaan 61H. Sebagaimana yang disebut di dalam kitab "Fathul Bari" & الذرية الطاهرة .



Ini sahaja peristiwa yang dapat dinyatakan di sini berdasarkan buku-buku dan hadis yang dirujuk. Terdapat beberapa peristiwa lagi yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain tetapi, tidak dapat dipastikan sumber asal tentang kesahihannya. Jadi, harus diingat kepada anda supaya meneliti tentang kesahihan maklumat yang diterima berkenaan sesuatu fakta yang berkaitan tentang Islam. Ini kerana masih terdapat maklumat-maklumat yang diperolehi berkaitan dengan Muharram & Hari Asyura' yang boleh menimbulkan keraguan dikalangan pembaca. Al Quran dan Hadis sewajibnya dijadikan rujukan yang paling utama dalam menilai fakta-fakta yang diterima. Kemudian, barulah dirujuk kepada pandangan ulama'-ulama' dalam permasalahan yang berkaitan sekiranya tidak terdapat di dalam 2 perlembagaan Islam tersebut. Walaupun pada zahirnya fakta-fakta yang diterima dari mana-mana artikel-artikel agak sesuai dengan nilai-nilai Islam tetapi, harus diingat bahawa ianya mampu berubah kepada amalan bid'ah yang tidak disandarkan kepada mana-mana rujukan utama Islam.



sumber: ukhwah.com







10 comments:

Peri PiA said...

salam asyura dini

thanks for sharing

Nadia arRumaisha said...

nice...terima kaseh dni berkongsi sirah ini...

aibaks said...

serius ke tu bahtera nabi nuh a.s?

ardinihumaira said...

@Peri PiA


salam asyura
kak :)

ardinihumaira said...

@Nadia arRumaisha


sama-sama dear
:)

ardinihumaira said...

@aibaks


itu cuma replika...
:)

Ena said...

thanks 2 sharing dear..

betul tu.. kdg man ceduk je tak tahu punca kat mana kan..

ardinihumaira said...

@Ena

itula kak..
dni jarang post mengenai Islamik sebab dni semak betul2 dulu sahih ke tak. tak post sembarangan. risau menyesatkan nanti...

kella said...

terima kasih atas kesudian berkongsi.. :)

azzey said...

ardinihumaira: ilmu yang baik utk dikongsi....:)