Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.
picture: credit to klasik.blogmas
Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.
Peria katak jarang dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya yang kuat. Bagaimanapun, rasanya boleh disederhanakan dengan setakat tertentu melalui membubuh garam dan kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan. Peria katak sering digunakan dalam masakan Cina disebabkan rasanya yang pahit. Sayur ini biasanya digoreng, sering dengan daging dan douchi. Peria Katak juga biasa digunakan untuk sup, dan sebagai teh.
Pokok peria katak banyak ditanam di seluruh India dan Pakistan di mana karela chip dimakan dengan penuh nikmat. Peria ini juga digunakan sebagai kuah sambar di India selatan ataupun disumbatkan dengan bawang dan tomato berempah serta digoreng. Di India Utara dan Pakistan, peria dimakan, baik dengan daging kisar atau kekacang yang disumbat, mahupun sebagai tambahan untuk makanan daging atau kekacang. Peria katak jarang digunakan di tanah besar Jepun, tetapi merupakan satu bahan yang penting dalam masakan Okinawa.
Sayur ini digunakan untuk berbagai-bagai makanan di Filipina. Satu makanan yang popular di kawasan Ilocos di Filipina ialah pinakbet yang terdiri terutamanya daripada peria katak, terung, okra, kacang buncis, tomato, kacang lima, dan pelbagai sayur-sayuran tempatan yang direndidih dengan air rebusan berdasarkan bagoong. Tunas dan daun muda Peria Katak juga dimakan sebagai sayur-sayuran. Bijinya yang manis juga boleh dimakan, tetapi diketahui boleh menyebabkan muntah dan sakit perut.
Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.
p/s:
banyak khasiatnya... dni suka! ;)







13 comments:
kalau kena gaya nya...sedap wat ulam
hikkk! dengar nama pun da geli..hehe..tade lah..syue ta suka sayur..hahah!
apasal le kena ada juga nama katak kan
dinie..akak selang sehari masak eria katak ni...lepas rendam air garam gaul dgn kunyit..goreng macam goreng sayur biasa..pecahkan telur..sedap..
walopun pahit, tetap rase sedap n mmg byk khasiatnye... nyum2..hehehe~
kalau goreng tepung kan lagi sedap.. takda terasa sangat pahitnya.. rasa macam bawang goreng lebih kurang..
tapi kan.. orang mengandung x leh makan..
hihi..aiyak..xsuka..lala..kdg2 je mkn jg la..hihi
dni suke,tapi byk urg x suke taw !
dgr namo mace takot ja nok make..
peria sedap even pahit..tapi orang kata kalau nak kurang pahitnya, buang yang putih tu..
mummy qib giler macam addict makan benda ni
salam singgah, wah feveret ni...
ardinihumaira: sedap! akak sker nih!
Post a Comment