Kebaikan Teh Hijau | Menyihatkan, Melansing, dan Awet Muda




dni gemar minum teh terutamanya teh kurang gula. tidak kiralah teh berperisa atau tidak. yang penting, ianya adalah teh kerana aromanya mampu memikat selera dni. ^___^ sedap sangat rasa air teh ni kan? setakat ini, dah banyak jenis perisa teh yang dni cuba. perisa stawberry, lemon, vanilla, anggur, dan juga hazelnut. tapi kali ini dni nak ceritakan mengenai teh hijau yang banyak khasiatnya. rasanya ala-ala teh herba tapi kalau kita fikirkan khasiatnya, tentu kita tak rasa berat hati nak minum air teh hijau...








dni dah cuba dua jenis teh hijau iaitu teh hijau lipton dan juga teh hijau jasmine boh. setakat ini dni lebih suka yang lipton punya sebab rasa dia tak pekat sangat. sebenarnya teh hijau berasal daripada benua asia dan cara pemprosesannya juga unik, tidak sama dengan teh biasa yang kita minum tu sebab enzim bagi proses pengoksidaan dimusnahkan. sebab itulah warnanya tidak bertukar menjadi kemerahan... antara kebaikan teh hijau adalah:



  • menurunkan kadar kolesterol
  • anti oksidan / awet muda
  • meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
  • melindungi fungsi ginjal
  • mencegah diabetes
  • mencegah keracunan
  • mencegah bau mulut
  • mengurangkan risiko strok
  • kaya mineral dan vitamin
  • membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
  • mencegah kerosakan gigi
  • melancarkan sistem pencernaan
  • mencegah hepatitis
  • melindungi paru-paru daripada racun rokok




di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga. khabarnya, teh terbaik adalah teh putih. tapi tak ada pula dni jumpa. teringin benar dni nak mencubanya. kalau kalian ada terjumpa teh putih, bolehlah inform dni ya ;)





p/s:
selamat mencuba!




15 comments:

Zqah Ismail said...

suka sangat dni dengan tea yea ? macam adik bongsu zqah jea .. hehe

Ena said...

akak kalo nak minum teh kena tunggu org lain buatkan.. tak suka minum teh sendiri buat.. wekekeke.. mengada2 lak.. ngeee

syuE said...

nmpk awet muda tu terus rasa nk bli n minum n amalkan! heeeee :)

Redbloodsnow said...

wahhh sgt baik ek teh hijau nh. baru aku taw. aku selalu minum taw yang :D

azzey said...

NI BLH CUBA NIH!

Kniedaz said...

skang akak tak minum teh, kopi dan minuman berkafein sebab kafein ble mencairkan & merendahkan kadar darah..huhu

Insyeera ; shieera said...

kalau lia,lia suka yg dlm botol tu.teh lipton hijau lemon.sedap! tak tau pulak boleh turunkan kolestrol

Tihara said...

teh pn antioksidan kan..akk tk try lg nih..harus membeli lepas ni :)

SYaMiLa said...

bagus rupanya teh hijau ni...tp akak tk brp minum minuman manis...

SYaMiLa said...

tp leh cuba ni...

aibaks said...

awat mek tak buh gamba mek yang langsing tuh wat jadi model ke.. ehe.. baru la gempaq.. hehe

nota kaki: gurau jerk ye.. hehe

kella said...

hahahaha.. dni.. orang baru cuba nih! baru beli semalam! minum tanpa gula lagi byk khasiat!

nohaRatech said...

minta share dlm blog sy..thanks..

misz athiqah said...

salam...teh putih???...hehe.. teh putih kita leh beli kat kedai ubat cina..dulu pun teh hijau xdijual kat pasaran..=).. kita kena bli dari kedai cina dan dia jual dalam bentuk daun..=).. teh putih jauh lebih mahal bbanding teh hijau..=).. mcecah ratusan ringgit hanya tuk brape gram..=)...kalo xsilap..nice entry..=)

Anonymous said...

@nohaRatechsaya br je 3bln amalkn nmpk ada la berubah ckit kesihatan ni..kahak byk kuar klu br2 je bljr minum..sbb sy ni perokok.