Video Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin & Hamzah Alang Azman Shah - Peneraju NAZA





video ini penuh dengan kontroversi... konsep fairytale yang diterapkan di dalam majlis terutamanya pada majlis bersiram tu macam tak kena sikit. kena tengok dulu baru korang boleh faham.. tapi kadang-kadang rasa macam, takat nak abadikan kenangan terindah dalam suasana yang diidamkan, apa salahnya. tapi, tah la kan.. tepuk dada, tanya selera... sendiri buat sendiri tanggung hehe..









lepas akad nikah pula, diorang semua tepuk tangan buat dni rasa tergamam.. macam tak pernah tengok pula majlis akad nikah ada tepuk-tepuk tangan setakat ni. tak tahulah kot dni je yang kurang peka dengan keadaan sekeliling. huhuu...



overall, majlis perkahwinan ni sangat mewah dan gilang-gemilang. memang puas hati buat majlis sebegini kalau berkemampuan. siapa yang tak mahu, kan? ^__^ ada rezeki, buatlah lebih sikit. kahwin pun sekali je seumur hidup (laen ler yang ado azam nak kawen banyak kali tu.. ;p)...








p/s:
cantikla baju diorang ;) tahniah!




11 comments:

♥♥ eija ♥♥ said...

ermmm saya setuju dengan awak :)

tapi memang nampak keterlaluan laa juga... saya pun tergamam bila lepas nikah tepuk tangan...
pelik jugak..

alinac lover said...

yong pon ada rasa pelik :)

pas nikah org tepok tgn..uh! trus terpikir sejenak

LiAnA said...

ni majlis nikah yang kedua i tgk org bertepuk tgn selepas majlis nora danish nikah dulu..

Intan Inn said...

ermbetullah dni..sis dah tgk video tue yang part yang bersiram tue macam tak kene kalau di buat tertutup antara perempuan n family oklah kot..nie lelaki yg tak tutup aurat sgt..erm lepas tue rasanyer tak pernah tgk pulak lepas jer akad nikah bertepuk tangan biasa baca doa...pulak tu pak imam pun senyum jer...jgn jadi kontervasi macam iklan tv3 pulak sudah lah....

Cik Shiqa said...

dini, shiqa pun terkejut tgok pas akad nikah tu drg tepuk tangan.. series, terkjut n drg tu mcm main2 plak.

Tihara said...

akk bru tgk lam fb semalm..mjlis bersiram tu mmg tk kena..ala2 yunani, cam nk mjolok mata jek pkaian nya..tp pitih belana gak..wak la gapo pung..

cikbedahlaser said...

hmmm... ade share bnd ni kt fb aritu..
perkahwinan yg mmg menarik....
teruja la klu dpt pergi or buat...

tp bile d tgk bebetol...allahuakbar...
awat la jd lagu nih..
membazir tu kan x elok...
hmmmm
ayat org yg tgk mst ckp..biar la.. org de duit....

SyUhAdA said...

tu la..
mcm agak over ckit ar...
syu pon tak penah tgk lepas akad nikah tepuk tgn..
cam pelik jer..
huhu~

tujuhhariseminggu said...

mesti diorang x sengaja nak bertepuk tangan kot... ada sorang yg start, suma ikut.. maklumlah, da eksaited bebeno.... :p

IzzaH si pari pari said...

ada jugak tgk vid ni kat FB 2 ari lepas..majlis mmg grand..stuju ngan dni,xpenah pulak nampak org bertepuk tangan lepas nikah @ sy yg masih duduk bwh tempurung??hoho

elleyayah . said...

btul2.mmg xsetuju diorg tepuk tgn pas akad nikah lah..