Filem Animasi Jepun | Banyak Unsur Lucah, Seksi, dan Impak Negatif Kepada Kanak-kanak





KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam. -Kosmo



-------------------------------




ada benarnya... sebab, kalau tengok kartun yang ada kat tv skang ni pun banyak kartun perempuan seksi macam pakaian renang ke pakaian diorang tu. yang peliknya kartun untuk tontonan kanak-kanak tapi berunsurkan lucah. adeih, rosak budak-budak tu nanti... eloklah tengok kartun Malaysia je. tak ada unsur negatif sebegitu...





p/s:
suka upin & ipin ;)



7 comments:

Hariz said...

Haruslah upin dan ipin.. Ehehe.. Sepatutnya malaysia pun kena maju dalam perfileman animasi kan dni?

New Entry ProfHariz
Salahkah Jika Aku Menegur?

Sharinginfoz said...

kena perhatikan betul2 kan susah nanti kan

tiha said...

yup upin ipin the best...katon jepun ni actually banyak unsur 18sx...creepykan tu sbb bbdak sekarg kecik dh pndi bab2x macam tu...

aliesha kirana said...

sokong!!!! heheehe~

syuE said...

tp syue suke anime jepun..comel sgt!!!

seb bek syue bkn kanak-kanak da :)

fairusmamat said...

Betul tu.. Jangan tengok citer kartun lagi..

* mEsSy * said...

anime mmg terok yunk.. tapy aii minat.. sbb katun dier comel.. y terok2 aii ta layan.. hoho