Hukum, Niat, dan Cara Mandi Wajib Yang Betul



Hukum mandi Wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.


Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib



Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

  • melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  • jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
  • Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
  • Mati
  • Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
  • Keluar darah haid
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
  • Nifas
  • Melahirkan anak (Wiladah)


Rukun Mandi Wajib

Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi

  • Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)


Niat Mandi Wajib

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain "nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.



Cara Mandi Wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,

“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”

(HR. Al Bukhari dan Muslim)



Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
  7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kaki.

Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.

Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.

Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.


Najis Di Badan

Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.


Keperluan Mengambil Wuduk

Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.


Sunat-Sunat Mandi Wajib

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.

Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.


Melewatkan Mandi Wajib

Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.

Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.


Ragu-ragu

Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia harus mandi wajib dahulu.


Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)

Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut.

Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].



p/s:


disalin 100% dari ms.wikipidea.org sebagai perkongsian informasi dengan kalian semua. sebarang kemusykilan dan keraguan mengenai mandi wajib ini wajarlah bertanya kepada insan arif yang berdekatan. semoga mandi wajib kita semua diterima Allah, amin...






24 comments:

syuE said...

ade kwn syue kate mndi wajib pakai shower tak sah..syue rahu2 jugak..

da baca entry dni ni, bwu syue yakin :)

Uruchimaru @ kf said...

nk mandi wajib ni kena yakin.tak boleh ragu2!

*kdg2 keliru jga,terima kasih dni share ttg hal ini!

hamzah ian said...

bagus entri ni.. nice

anisalya said...

yang baik dikongsi bersama kan?

* mEsSy * said...

yang penting yakin kn yunk.. huhu.. takot gak de slah.. thnx kongsi info..

=)

Mr feckry said...

terbaik info lu

Redbloodsnow said...

thanx for da info yang,

nAzAriAh MohD MurAD said...

thanks entry nie mmg sangat membantu haku....
mmg entry mcm nie aku cari2 supaya aku tak ragu2 lagik...
nk jawab kat adik2 aku pon senang...thanks...

much love bebeh!

sahromnasrudin said...

SALAM ZIARAH..kenal blog ini dr blog kancilbiru..tahniah..blog ini penuh info yg berguna..keep it up :-) & selamat berpuasa

Sharinginfoz said...

sama-sama ingat mengingati kan

aliesha kirana said...

best info..hehe..thanks dni~ ralit AK bace..hehe~

Zura said...

bagus info nie dini...mana yg akak dh lupe terus refresh dlm kepala otak nie..

noor hayati said...

betol ker sblm nak madi wjb kite kne ambil air sembahyang dlu..nak kepastian jer..sbb byk sgt pendapat yang berlainan..ade yg ckp kne amek air sembahyang dlu br sah..ade yg ckp xpyh..mne satu yg betol ek??

Anonymous said...

if kite basoh kaki time wuduk tu mandi kite sah takk ?

AWANG QILAT said...

Assalamualaikum,
Terima kasih kerana memberi info yang berguna ini. Walau banyak pendapat mengenai mandi wajid, kini saya yakin untuk melakukan dengan cara yang betul. Sekali lagi terima kasih.
Assalamualaikum.

Anonymous said...

salam
terima kasih sebab bagi panduan yang berguna.
kebanyakan umat islam masih lagi meragui sama ada sah atau tidak mandi wajib.
dengan adanya entry seperti ini,umat islam boleh berkongsi ilmu dan memperbetulkan kesilapan.wassalam

aSap prouLo said...

hM..joM samE2 maNdi wajiB berjemaaH..hihi..

Ahmad Farid Elvit said...

Cara mudah MAndi Wajib dkat sungai or kolam yang luas..suci dan murni..=)

Ahmad Farid Elvit said...

Cara mudah mandi wajib hnye Mandi disungai n niat mandi wajib..Terjen n Bersih lagi suci..=)

Anonymous said...

tak faham la bahasa yang awak gunakan huh ..rasa macam pening je rrr .. huh

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Terima kasih atas info ni. Sangat berguna untuk atul. Tp, atul nak tanya, niat untuk mandi wajib tu perlu dibaca sebelum kita bersihkan kotoran di badan kita atau sebelum kita mula mandi sunat. Please, tlg jwb.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Boleh x tlg email kan jwpn kpd soalan yg atul tnye tu di fariq.atul@gmail.com.. Thanks.. :D

Riezky Annisa said...

Seandainya wanita itu sudah lama tidak mandi wajib, junub dan haid.. adakah dia perlu mandi untuk 3 kali bagi membersihkn diri dari hadas-hadas tersebut??

Fitri said...

Terima Kasih :D
mudah mudahan saya dah xmusykil lagi lepas nih